MADU LEBAH ASLI RAJA SEGALA UBAT, PENAWAR SEGALA PENYAKIT
Berapa kerap anda menggunakan madu sebagai pengganti gula dalam minumam dan masakan?
Atau hanya mengambil madu asli apabila mengalami masalah kesihatan seperti selsema dan batuk?
Ramai di antara kita terlupa bahawa madu asli juga boleh menjadi penawar kepada gangguan penyakit dan mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi. Secara umumnya madu mengandungi:
1) Vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E dan K
2) Garam galian, Beta karoten, Gula dan Glukosa
Khasiat madu banyak disebutkan dalam Al-Quran seperti Surah An-Nahl: 69 menyebut:
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) bermacam-macam warnanya di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang sedemikian itu benar-benar terdapat kebesaran Allah SWT bagi orang yang memikirkan.
Rasullullah SAW juga berpesan supaya kita berubat dengan madu asli dan Al-Quran, melalui hadisnya, ” Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Quran” Riwayat Ibn Majah.